EMAS IALAH KEKAYAAN MANUSIA YANG SEBENARNYA

Sejak manusia mengenali EMAS ia telah menjadi simbol kekayaan, kekuasaan, kejayaan dan kecantikan.

Emas mendapat tempat di hati manusia kerana kecantikan dan kesukaran mendapatkannya.

Emas bernilai tinggi kerana:

  1. Rupanya yang cantik.
  2. Ia tidak boleh di Imas akan.
  3. Boleh dipotong kepada unit kecil tanpa menjejaskan nilainya.
  4. Ia sukar diperolehi.

Sejarah manusia dan emas

Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat sejak 6000 tahun yang lalu.

Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang di cop nama firaun Menes sebagai medium pertukaran.

6000 tahun yang lalu, sesiapa yang memiliki banyak emas maka dia dianggap kaya dan berkuasa. Jika seseorang manusia memiliki banyak emas sekarang, maka dia juga dianggap kaya.

Sifat istimewa EMAS

Emas tidak boleh dibinasakan. Ia tidak boleh terbakar, tidak reput, tidak busuk, tidak berkarat dan sentiasa bersinar cantik. Ini membolehkan emas menjadi penyimpan nilai yang sebenar.

Sesuatu objek yang menjadi harta mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan.

Sebab itulah makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.

Emas pula bernilai dalam apa jua bentuk. Di dalam bentuk debu sekalipun emas tetap ada harga. Sebab itulah emas merupakan kekayaan yang sebenarnya.

Kenapa manusia sukakan emas?

Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran Ayat 14

Dihiaskan (dan dijadikan inda) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pihak; harta benda yang banyak bertimbun-Timbuktu’s, dari emas dan perak; Muda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started