8 TABUNG YANG PERLU ADA

Public Gold jenis BungaMas menggunakan berat gram.

1. “TABUNG KECEMASAN”

Kitani wajib ada simpanan kecemasan, maksudnya sama dengan 3 ke 6 bulan gaji kitani.

Contoh:

  • Gaji BND1,200 x 3 bulan simpanan = BND3,600
  • Gaji BND1,200 x 6 bulan simpanan = BND7,200

Aku sendiri cuba untuk menyimpan Tabung Kecemasan ani dalam bentuk EMAS fizikal. Seperti contoh diatas, kira-kira dalam 50 gram EMAS yang perlu disimpan kerana buat masa ani ianya berjumlah sebanyak lebih kurang BND4,000 sahaja (Untuk 3 bulan simpanan gaji).

Istimewanya, kalau beguna TUNAI, tani ada DUA pilihan iaitu, samada:

  1. Jual tarus EMAS ke Public Gold
  2. Bawa EMAS ke BIBD Ar-Rahnu untuk digadaikan (In shaa Allah dapat dalam 70-80% nilai EMAS sebagai pinjaman).

2. “TABUNG DEPOSIT RUMAH (ATAU KERETA)

Pastikan ada modal pendahuluan iaitu sebanyak 15% untuk duit deposit rumah. Biasanya 10% deposit Rumah, dan 5% bayaran untuk legal fees, valuation fees dan sebagainya.

Contoh:

Beli rumah subsale dalam harga BND200,000
BND200,000 x 15% = BND30,000 (Deposit yang di perlukan)

Antara strategi yang boleh digunakan adalah menyimpan EMAS seperti dibawah:
70 grams EMAS = ~BND6,000 (Nilai 70g EMAS buat masa ani)
BND30,000 / BND6,000 = ~5 tahun menyimpan untuk deposit rumah

Maksudnya:
SETAHUN 70 grams EMAS
= 1 Dinar (4.25 grams) x 17
= 72.25 grams
SEBULAN
= 1 atau 2 Dinar sebulan perlu disimpan setiap bulan

3. “TABUNG HAJI”

Sementara masih muda dan banyak duit, awal-awal mendaftar untuk Naik Haji supaya dapat giliran untuk menunaikan Haji.

Kos HAJI lebih kurang BND21,000

Maksudnya:

– Menyimpan sebanyak 250 grams EMAS selama 5 tahun
– Menyimpan sebanyak 50 grams EMAS setahun (selama 5 tahun)
– Menyimpan sebanyak 5 grams EMAS sebulan (selama 5 tahun)

4. “TAKAFUL”

Antara tabung yang perlu ada ialah komit arah Simpanan Perlindungan dalam 5% ke 10%. Cemana and dimana bisai?

  • Life Takaful
  • Medical Insurance

Di Negara Brunei Darussalam, antara Syarikat yang menawarkan pakej insuran adalah seperti ‘Takaful Brunei Am’, ‘Takaful Brunei Keluarga’, ‘AIA’ dan sebagainya.

Antara pakej yang boleh di dapati di Takaful Brunei Keluarga (TBK) adalah Pakej Pendidikan Anak, Perancangan Pencen dan Nur Saving. Untuk mengetahui lebih lanjut boleh lah menghubungi TBK di talian 2231100.

5. “TABUNGAN PERSARAAN”

Pernah terfikir pasal ‘retirement plan’? Selain TAP dan SCP bagi pekerja yang bekerja di Negara Brunei Darussalam, ianya satu perancangan yang perlu kitani pertimbangkan iaitu tabungan persaraan.

Sekiranya gaya hidup selepas pencen beguna dalam BND2,000 sebulan, maknanya setahun dalam BND24,000 sahaja.

Jadi untuk nasihat kepada kitani semua, adalah penting kitani menabung untuk bersara nanti. Samada dengan pakej yang ditawarkan oleh Takaful ataupun menabung EMAS.

Antara kelebihan EMAS adalah:

1. Boleh ditunaikan di Public Gold (Cawangan Miri) atau Kedai Emas, atau
2. Boleh digadaikan (dicagarkan) di BIBD Ar-Rahnu; Cawangan Serusop atau Cawangan Seria

Contoh kira-kira kalau kan menabung EMAS;

Target 1 KG EMAS untuk tabung persaraan = ~BND80,000 (nilai tahun 2020)
Umur sekarang 30 tahun = iaitu ada 25 tahun lagi sebelum bersara

25 tahun;
1000g / 25 tahun = 40 grams EMAS perlu di simpan setahun

Mengikut nilai yang dikongsikan dalam gambar diatas;

20g = RM 5,133 = ~BND 1,711
40g = BND 1,711 x 2 = BND 3,422 (Simpanan yang perlu untuk menabung EMAS setahun)

BND 3,422 x 25 tahun = BND 85,550

.: Akan tetapi kitani perlu ingat bahawa nilai EMAS akan dijangka semakin meningkat dari tahun ke tahun, apatah lagi pada masa 25 tahun yang akan datang.

Dengan kata lain, EMAS mempunyai reputasi sebagai penyimpan nilai yang sangat hebat.

Inflasi untuk EMAS adalah 0% !!!

6. “MELABUR”

Pastikan ada mentor yang boleh bimbing untuk kembangkan duit pendapatan melalui pelaburan. Untuk start pelaburan, yang penting is ilmu untuk membuat pelaburan atu sendiri. Baca buku, hadir seminar dan cari mentor.

Contoh produk pelaburan:

– EMAS
– Hartanah
– Amanah Saham (Mungkin di Malaysia saja ada)
– Saham (Mungkin di Malaysia saja ada)

7. “KUMPUL SAHAM AKHIRAT”

Kitani semua memang sudah tahu dan percaya bahawa tangan yang memberi atu lebih baik dari tangan yang menerima.

Banyakkan bersedekah, walaupun macam kurang, in shaa Allah sedekah membuatkan rezeki tani semakin bertambah dan makin berkat.

Ibarat tabur biji benih buah-buahan. Dalam pandangan dan fikiran kitani, simpanan benih tani makin sedikit tapi sebenarnya ianya akan tumbuh lebih banyak buah dan biji benih yang baru.

Macam-macam bentuk harta yang boleh tani wakafkan, sebagai contoh:

  • Wang tunai atau barang kemas
  • Tanah, kebun atau ladang
  • Rumah atau bangunan
  • Kitab Al-Quran atau buku-buku yang bermanfaat
  • Kereta dan macam-macam lagi

8. “BEBAS KEWANGAN (FINANCIAL FREEDOM)”

BEBAS KEWANGAN bukan gaji besar, bukan duit banyak, tapi maksudnya kitani ada source of income masuk secara konsisten tanpa bekeraja.

Contoh sanang; ada 3 buah rumah sewa. Katakanlah sebuah Rumah sewa boleh dapat BND1,000 sebulan, maksudnya, kalau 3 buah rumah sewa, kitani ada pendapatan pasif BND3,000 tanpa bekeraja.

Dengan tabung persaraan, in shaa Allah mungkin dilaburkan dan ditukarkan kepada aset kekal yang boleh generate income dengan membeli rumah untuk disewakan.

Jadi kenapa inda terus beli rumah saja awal ani?
Jawapannya adalah buat masa sekarang, kitani inda mampu untuk beli sekaligus dengan nilai rumah yang mahal melainkan memohon loan rumah dari Bank. Manakala, kitani boleh kumpul 1g, 5g, 10g atau 1 dinar, 5 dinar, 10 dinar EMAS setiap bulan mengikut kemampuan dan target masing-masing.

KESIMPULAN

Secara jujur, andang payah kan buat semua 8 tabung macam yang dikongsikan diatas. Nasihat ku, kalau inda dapat semua, dapat dalam 2-3 atau 5 tabung pun jaditah. Asalkan wajib ada.

Pilih yang terbaik, yang inda membebankan kewangan bulan an.

In shaa Allah, semoga bermanfaat.


Design a site like this with WordPress.com
Get started